Welcome to my small world. | Dashboard | Follow
TYQAH MAHATHIR: About The Princess

About The Princess

Masa : 8.1.15 | Comments :


Assalamualaikum and hai bloggers sekalian ,

Nama yang diberi ialah Nur Atiqah Husna bt Mahathir . Lahir pada 13.3.2000 dan sekarang berusia 15 tahun. Akan menduduki PT3 pada tahun ini dan bersekolah di Smk Taman Tasik Taiping. Saya mempunyai empat orang adik beradik dan merupakan anak yg kedua. Mempunyai lima rakan karib yg dikenali sebagai FANAMI :)

Kat sekolah org panggil 'Tyqah' ataupun 'kembar' kerana sya mempunyai seorang kembar dan mereka tidak dpt mengecam muka sya dgn kembar sya . Kawan sya slalu panggil saya 'sepet' kerana mereka jeles dgn mata saya yang sangat BESAR ini . Ayah saya orang cina dan sebab itulah mata saya sepet sperti cina. Tetapi saya tidak kisah pun kerana mata sepet pun comelkan ? Tak perlu jeles , saya faham .

Warna kegemaran saya ialah warna kuning atau purple . Hobi saya ialah menonton anime . Jangan terkejut , saya memang fanatik gila dgn anime atau lebih dikenali sebagai 'OTAKU'. Di dalam kelas bila cikgu tiada , tidak lain dan tidak bukan saya akan bercerita tentang anime dgn kawan2 saya . Memandangkan hanya saya seorang sahaja perempuan 'OTAKU' di dalam kelas , maka saya bercerita tentang anime dgn budak lelaki otaku yg lain di dalam kelas . Dalam kelas saya mempunyai 6 orang otaku lelaki dan seorang otaku perempuan dan itu smestinya saya . Mereka pun sama gila dgn saya juga apabila bercerita tntg anime dan semestinya saya akan merindui mereka semua kerana tahun ni sya tidak akan sekelas dgn mereka lagi .

Ramai tanya sya FANAMI tu apa dan di sini saya ingin nyatakan bahawa FANAMI itu ialah gabungan nama antara enam rakan karib iatu Farhana , Atiqah , Nabila , Aqilah , Mardhati , Izzati . Jadi , tak perlu tanya saya lagi apa itu FANAMI ye . PEACE .

Kesimpulannya , inilah short biodata saya . *short sangat* Harap anda semua tk meluat or termuntah apabila membaca short biodata saya ni . Maaf kalau penggunaan ayat baku + skema . Saja nk test mana tau boleh buat karangan tip top . Hehe . Gurau je . Baiklah , di sinilah berakhirnya short biodata saya . Malas nk taip panjang2 dah xD

Thanks sbb sudi singgah blog saya yg tk berapa ni wahai bloggers yang comel sekalian !

P/S : Miss all you guys in 2 RAZI 2014 :) Ni je gambar kita semua sekelas ! *aku post sebab aku rindu*