Welcome to my small world. | Dashboard | Follow
TYQAH MAHATHIR: 11/01/2012 - 12/01/2012

Result UPSR

Masa : 18.11.12 | Comments : 0
Assalamualaikum !! Ya Allah tdi dh dpt result UPSR ...Alhamdulillah 10 org berjaya mndapat 5A dlm UPSR di Sek .Paya. Salak ...Tahniah kepada Qilah Mahathir , Tyqah Mahathir (Saya) , Adilah Daim , Muhd Ridzuan Hamidan , Farahin Iman Hussin , Huwaina Abd Hisham , Nur Syakirah Razib , Zulkifly Arif , MegAt AmIr HakIm Jamalulail dan Balqis . Hehe ! Syukur sgt ..Alhamdulillah xDD

Esok keputusan keluar !!

Masa : 17.11.12 | Comments : 0
Esok keputusan keluar !!! macam mana ni ?? Tyqah x ready lagi lah nk ambik slip keputusan tu ...
and ,, of course hati ni berdebar-2..x berhenti-2 , takutnya !! Tyqah takut klau x dpt 5A dlm UPSR ...
Tyqah x nk tgk cikgu Tyqah kecewa sbb sikit je org yg dpt 5A di sekolah Tyqah ..Tyqah x nk ibu bapa Tyqah kecewa juga melihat anak-2nya gagal..Oh NO! sedih kott ..Korang boleh doakan kejayaan Tyqah kn ?? I really appreciate it ..Thanks :')

2 Hari je Lagi !

Masa : 16.11.12 | Comments : 0
Assalamualaikum blog, lgi 2 hri je keputusan UPSR nk kluar, Tyqah tkut sgt2, Korang doakan kejayaan Tyqah ye? Tyqah tkut keputusan nk kluar sbb Tyqah x sggup melihat kekecewaan di muka kedua2 ibu bapa Tyqah, Tyqah x sggup sgt2 nk tgk kwan2 Tyqah kecewa jka mereka x berjya,Tyqah x sggup nk tgk muka ibu bpa kwan2 Tyqah kecewa DAN Tyqah x sggup melihat kekecewaan dimuka CKGU2 Tyqah yg dh bertungkus lumus ajar kitaorg smpai pndai, drpd x thu mengira smpai pndai mengira dan drpd x thu bca sehingga thu membaca.. Sdih sgt2..Rasa mcm nk menangis je apabila slip keputusan tu ade dekat tangan ..


Ya Allah, berikanlah aku kejayaan dengan memperoleh 5A dlam UPSR, berikanlah adikku Qyla (kembar) memperoleh kejayaan juga ya Allah, dan berikanlah SEMUA kwan-2ku kejayaan, Aku x sggup ya Allah, Aku x sggup jika aku gagal! Aku x sggup melihat kekecewaan dimuka kedua-2 ibu bpaku yg kecewa melihat anak-2 mereka x berjaya, aku x sggup melihat muka ibu bpa kawan-2ku kecewa dan aku x sggup melihat muka guru-2ku yg kecewa kerana tidak menepati target. Berikanlah kmi kejayaan ya Allah, Aku memohon kpdmu ya Allah, Aku merayu kpdmu ya Allah, Kau makbulkanlah doa-2ku ini ya Allah, makbulkanlah, makbulkanlah! Kau tolonglah hambamu yg kurang sempurna ini ya Allah  Makbulkanlah.. Sesungguhnya hnya kpdmu aku memohon ya Allah.. Rabbana Aatina Fiddunia Hasanah wa filahiratu hasanah waqina azaabannar, wasollahhualasaidinamuhammad waala a~lihi wasahbihi wasallam walhamdulillahhirabbilaalamin.. Terima ksih sbb sudi baca doa in, moga termkbul..Aamiin :')

Kisah bagaimana islamnya Cat Stevens/ Yusuf Islam

Masa : 14.11.12 | Comments : 1
Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin! 
Kenapa tyqah asyik post pasal agama je ?? hehehe saja je nk menambahkn imu pengetahuan ..tyqah credit to Fateen sbb dia yg post pasal agama :)

Tinggal solat dosanya lebih besar daripada zina

Masa : 14.11.12 | Comments : 0


Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.
Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.
Apabila terdengar ucapan 'silakan masuk' dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
Air matanya berderai ketika dia berkata: "Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,"
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya," jawab wanita cantik itu. "Katakanlah, jangan ragu-ragu," desak Nabi Musa.
Lalu wanita itu memulakan cerita, "Saya... telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari penzinaan itu, saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati," cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, "Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!" teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh.
Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan.
Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?"
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" tanya Nabi Musa kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada," jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa lagi.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina."
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula.
Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.
Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya.
Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

'Solat Itu Tiang Agama' dan itulah yang diterapkan kepada kita sejak azali, meninggalkan solat diibaratkan meruntuhkan agamanya.
Tidakkah kita sedar berapa banyaknya waktu telah kita tinggalkan? Hari ini? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lelps? atau tahun lepas?.
Sesungguh besarnya dosa meninggalkan solat tetapi ia bukanlah tiket untuk kita menghampiri zina.
Maka penuhilah tanggungjawab ibadah solatmu sebaiknya. Buat para ibu bapa turutilah saranan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak-anakmu.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (bila tidak mu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". - HR. Ahmad dan Abu Dawud

Tutuplah aurat

Masa : 14.11.12 | Comments : 0
Adik : Akak, kenapa pergi sekolah akak pakai tudung tapi bila kat luar sekolah akak tak pakai tudung?

Akak : Alaa. Peraturan sekolah kena pakai tudung la, kalau tak pakai nanti kena denda. Ish malu tau kalau kena denda.

Adik : Oh. Jadi akak takut laa dengan peraturan sekolah?


Akak : Iye laa adik. Kalau tak pakai, karang tak pasal-pasal kena denda. Ei tak mau la. Maluu.

Adik : Akak tak takut ke kena rotan kat dalam kubur? Akak tak takut ke nanti kena bakar sebab tak pakai tudung. Rambut tu kan sebahagian daripada Aurat perempuan. Akak takut peraturan sekolah, tapi peraturan Allah, akak abaikan. Akak malu bila didenda, tapi akak tak malu pulak ei melanggar peraturan Allah Kena denda dalam kubur lebih sakit daripada kena denda kat sekolah. Kita ni hamba Allah je, kita tak de hak nak melanggar peraturan Allah. Berubahlah akak selagi sempat. Tutuplah aurat akak, kalau akak sayangkan abi, ummi, abang dan adik. Adik sayang akak, adik tak nak nanti akak kena seksa dalam kubur dan kena bakar. Tutup aurat ye akak . :') Cantik bila akak bertudung.

Tutuplah Aurat Ukhti sayang ♥

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Masa : 14.11.12 | Comments : 0


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

Bestie :)

Masa : 14.11.12 | Comments : 2
Assalamualaikum guys ... hari ni tyqah nk cite psal bestie tyqah ni ..tpi , kitorang x kn jumpa lgi thun depan ..(MUNGKIN) tyqah sedih sgt-2 rasa nk menangis je ...ok lri drpd tajuk yg sebenar ...ok , tyqah nk perkenalkn kwan-2 tyqah .. :)
Ni Hanim ...kawan tyqah yg paling best :) dia slalu ade waktu tyqah senang dn susah ...cute kn dia tu ..Ooops!! dia mmg cute dn cntik pun , klau x , npe dia ade rmai peminat ?? hehehhe hanim ni garanglah juga , di slalu cite masalah dia kat skolah agama , ttapi tyqah ngan dia skolah lain , dia Sek Perempuan , ttapi tyqah Sek Paya Salak ...huhuhuhu , ttapi kitorang mmg rapat ..xDD

ni plak Bella ..nme dia Nabilla , ttapi tyqah pnggil dia Bella je ..kita slalu kluar rehat ttapi skrang ni dh jarang dh ...ttapi dia slalu senyum ...:') (org yg tgh wat peace tulah  Bella)

OK .. ni la yg last , ni Adilah , dia tu pandai + cute + cantik ..hehhehhe dia tu garang ,bertanggungjawab , tula dia jdi Ketua Murid/Ketua Pengawas ...jgn main-2 spe kcau tyqah, tyqah report dia ttapi thun depan form 1...:'( , tyqah pun pengawas je ttapi tyqah cuma AJK je...huhu jadilah kn ..dila ni peperiksaan msti dpt Top 5... tpi dia nombor 3 je... pndailah tu .haaa!! nk tau spe nombor satu ? dia tu kembar saya/adik ..pelik kn sbb adik lbih pndai drpd kakak ...huhuhuhu rmai ckp cmtu ttapi tyqah diam je..nombor 2 Zulkifly...dia mmg pndai ttapi dia pling pndai Maths..nombor 3 Dila..(dh mention tdi) jeng jeng jeng ....nombor 4 Tyqah !!!!! hahhahah cuma beza satu markah je dgn Dila , ttapi satu markah pun berharga juga kn ?? nombor 2 beza 2 markh je dgn tyqah ...waaaaaaaaaa...sedih kott ..nombor 1 beza 7 markah ...WOW (tera btul adik tyqah ni :O) apsal lri tajuk ni ?? hahhahhaha x pelah , dpt Top 5 jugak kn ?? tp skolah tyqah x kira top 5 , ttapi 7 pelajar terbaik ..:) oklah...malas tyqah nk taip pnjang-2 ... Terima kasih kerana sudi baca blog tyqah ni ...Assalamualaikum !!




Mimpi dan Doa

Masa : 13.11.12 | Comments : 0
Assalamualaikum blog , hari ni kembar saya ckp dia ade bermimpi sesuatu iaitu
dia mimpi dia mndapat keputusan UPSR , msa dia cerita dekat saya tu , hati saya berdebar-2 dn jantung sye mcm dn jatuh ke bawah , dia ckp yg dia mimpi lebih kurang 10-13 org yg dpt 5A , oohh takut btul sye dgr cite dia , dia ckp yg dia mimpi dpt 5A tu ialah ...Ridzuan , Aqilah , Puteri , Atiqah (iaitu saya) , dia ckp dia cuma ingat 4 nme ni je , dia kata ada lgi tpi dia lupa , btulla ape yg artikel yg sye pernah baca yg selepas 5 minit bgun drpd tidur , ingatan kita tntang mimpi tersebut akan hilang 50% , ttapi setelah 10 minit bgun drpd tidur , ingatan kita tntang mimpi tersebut akan hilang 90%
ok itu sahaja yg sye hendak tulis ..
 Aminkn doa ini ya (jika sudi) 
Ya Allah Ya tuhanku , bgilah ramai kawan-2ku termasuk aku mndapat 5A dlm UPSR thun ni Ya Allah , bgilah thun ni menepati sasaran iaitu 2 digit calon-2 upsr di skolah aku dn bgilah org yg mndapat 5A dlm UPSR di sekolah aku lebih 20+ org Ya Allah ..Aamiin... Terima kasih kerana sudi membaca di blog saya ini , sekian terima kasih  Syukran :)

Result UPSR

Masa : 11.11.12 | Comments : 0
Assalamualaikum blog , minggu depan keputusan UPSR nk kluar dh , klau x dh lama dh dpt result >.<  ttapi terpaksa ditangguhkn dan akn dpt result pada 19 November 2012 , berdebar-2 hati sye ni klau bleh rasa nk jerit je  Arghhhhhhh !!!! Keputusan nk keluar dh !!!!!!! itulah ape yg sye rasa stakat ni .. huhuhu klau jerit , kang ade org fikir sye ni gila hahhahah , DOAKAN SAYA DAPAT 5A dlm UPSR ye.. amin

Syukran kerana telah baca blog sye ;)

Kepada Smua Murid Thun 6 2012 di SKPS

Masa : 4.11.12 | Comments : 0
Assalamualaikum ,
lgi beberapa hri je kita nk berpisah , sedih sgt-2,
ni je kenangan aku pada korg smua , huwaaaa :'( sedihnya ,
ingat x sewaktu kita bersama-2 dulu , pgi rombongan , dn mcm-2 lgi
rse mcm x nk berpisah je korg , aku lbih rela skolah stiap hri
drpd cuti dn berpisah dgn korg , berat hati ni nk mengucapkn selamat tinggal kat
korang ,aku berharap sgt kita dpt bersama-2 mcm dulu , walaupun slalu
bergaduh nmun aku ttap syg korg smua , dh mcm keluarga sndiri aku rasa , *lap air mata*
aku x nk ngis sebenarnya , tpi nk wat mcm mne , aku terpaksa mengucapkn selamat tinggal
dekat korang , mungkin korang x sedih atau sedih mcm aku ni , aku cuma nk meluahkn isi hati
aku ni je :( , aku setiap hari berdoa supaya aku dpt msuk skolah menengah sme dgn korang terutamanya Adilah , Bella ..BESTIE AKU , dh-2 , x nak aku tulis pnjang-2 lgi sbb nnti deras pulak air mata ni mengalir , ok , this is my last word (AMINKAN DOA INI ) YA ALLAH , AKU MEMOHON KEPADAMU SEMOGA AKU MNDAPAT 5A DLM UPSR DENGAN CEMERLANG TERMASUK SMUA MURID-2 DRJAH 6 SK PAYA SALAK YA ALLAH , SEMOGA KITA DPT BERJUMPA LAGI PADA THUN DEPAN , SEKOLAH MENENGAH YG SME DN SENTIASA
BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT..

Aamiin .. :')


Best Friends Till Jannah, InsyaAllah :)

Masa : 1.11.12 | Comments : 0
I hope that our friendship would never end this far.. I really hope that we could meet everyday when we grow up.. And lastly.. I hope that we would not forget each other when we succeed.. That's all.. Thanks.. Ya Allah.. please let us stay together..